Assalamualaikum readers....
Entry ke2 ni berkisar pada pengalaman penulis (nahh skema bukan) sewaktu ke Guangzhou (formerly known as Canton), China bulan lepas (to be exact, 29 Okt - 05 Nov), lebih kurang seminggu. Sebenarnye trip ni merupakan 1st experience saye ke China (2nd time experience working trip ke luar negara). So, kalau nak cakap pasal perasaaan tu, obviously lah excited. Sebab bukan senang nak ade peluang pg tempat orang kan. Lainlah kalau kite ni jenis yg selalu bercuti ke luar negara mesti perasaan excited tu kurang sikit. heeeee.
Kali ni saye pergi sbb nak attend Canton Fair (CF) kat sane. CF adelah acara tahunan kat Guangzhou. CF diadakan 2 kali setahun, yg pertama April - Mei dan yg ke2 Okt - Nov dan setiap sessi ni ade 3 fasa. Mase ni lah sume penjual2/manufacturer akan pamerkan barang2 keluarkan diorang utk pemborong. Setiap fasa pulak dibahagikan mengikut barang2 yg akan dipamerkan/1 hall khas utk 1 brg2 jer (contohnye utk fasa 3 yg saye g ni specialized kpd 'medical devices', 'bags / luggages / cases', kasut, 'home appliances', 'fashions' (bebaju la kot) dan byk lagi. Obviously la kan, China kan mmg terkenal sbg pengeluar barangan antara yg terbesar seantero dunia. So, korang dpt bayangkan tak betapa besarnye CF. Kitorang agak2 dalam 100k visitors kot dtg setiap hari n total fair ni ade 5 ari. Tak macam 500k visitors pulak kan yg datang mase CF ni!! *muke kagum*
OK sebelum membebel lagi panjang lagi, marilah kite teruskan ke storyline asal yer dak...
29 Okt 2012 (Isnin)
Flight kami (saye & officemate) scheduled about 1.25pm dari KLIA ke Baiyun International Airport (Guangzhou) menaiki China Southern Airlines. Durasi penerbangan ialah +/- 3 jam 50 minit ke 4 jam. Kami landed lebih kurang kul 5.15pm kat Baiyun airport n clearance process amek mase dlm 1/2 jam ke 45 minit.
makanan dlm flight (so-so jer)
Cheryl my trip-mate (ade ke word ni LOL)
nampak tak amoi sebelah tu siap boleh bukak kasut, baring dan tidur atas flight. macam dalam rumah puloks.
Naik MRT dr airport. pakcik n abang (wahhh abang yekk) tu tolong kitorg angkat luggage mase nak naik MRT sbb diorg kesian tgk 2 pompuan ni terkedek2 nak angkat luggage yg berat gileeeee tu kejar MRT. kahkah..*pink tu luggage saye. Sebenarnye uncle sblh kanan tu Malaysian, die dtg sbb nak jumpe sedare die which is abang sebelah kiri tu. Diorang akan ke Macau ke Senzhen (x ingat). Abang tu belanje kitorg tiket MRT ni. hehe Thanksssssss lengchaiiii :)
Jaguar Hotel (aka J Hotel). Rumah selama 8 ari 7 malam.
saye suke sgt background poster belakang tu.
sempat :p
sebab masing2 dah penat, malam tu kitorang makan kat bilik jerrr. Cheryl makan maggi, saye makan instant bubur nasi + sambal ikan bilis (special tapau from Malaysia kekeke) + milo panas. sedapppppp :)
Satu perkara yg saye perasan kat GZ ni, diorang lagi cepat siang n lagi cepat malam. Mase kitorang sampai petang tu dlm kul 5 lebih dah gelap macam senja. Kul6 lebih dah gelap macam kul 8 malam.
ok penat menaip, nanti sambung lagi ek utk hari ke2 dan seterusnya....
Till we meet again,
**PUBLISH!
No comments:
Post a Comment